Myspace Layouts

Isnin, 21 Januari 2013

kontroversi safar





soalan:
bagaiman  kedudukan kepercayaan tentang bala atau bahaya di bulan safar yang berlaku dalam sejarah islam,yang menjadi kebimbangan sebahagian umat islam bahawa akan berlaku bala pada setiap hari rabu akhir bulan safar?

jawapan:
       Bulan safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar islam yang berdasarnya tahun Qamariah.safar bermaksud kosong.ia juga menberi erti meninggalkan sesuatu tempat apabila apabila merujuk kepada perkataan safir.Telah dinyatakan juga bahwa dinamakan bulan safar ekoran kebiasaan orang arab yang selalu meninggalkan kampung halaman untuk pergi berperang dan mengembala pada bulan tersebut.
      pada zaman jahiliah,orang yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor burung.apabila burung itu terbang keatas atau ke kanan,maka ia akan membawa pertanda baik tetapi jika ia terbang ke bawah atau ke kiri mereka akan menangguhkan perjalanan kerana beranggapan bahawa bala akan menima sekiranya perjalanan diteruskan.
      seterusnya,amalan khurafat dan bidaah yang bertentangan dengan syariah islam diamalkan didalam bulan safar sebagai kesinambungan kepada warisan zaman jahiliah.ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang islam yang jahil,bulan safar  merupakan bulan turunnya bencana dan mala petaka khususnya pada hari rabu pada minggu terakhir,oleh itu setiap[ tahun mereka melakukan amalan khurafat dan bidaah menurut kepercayaan mereka untuk menolak bala.

    

       sama ada sedar atau tidak,masyarakat melayu islam dimalaysia masih ;lagi dibelenggu amalan khurat dan tahyul seumpama ini.antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam melayu ialah upacara pesta mandi safar.ia amat populer pada suatu masa dahulu.apabila tiba bulan safar umat islam terutamanya yang tinggal berhampiran pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai2 dengan kepercayaan bahawa perbuatan tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala.pada kebiasaan nya amalan mandi safar ini dilakukan pada hari rabu minggu terakhir bulan safar.
selain itu,dalam kalangan masyarakat melayu,khususnya dalam kalangan orang tua mereka tidak mahu melakukan majlis perkahwinan pada bulan safar.amalan ini jelas  bercanggahan dengan syariat islam dan boleh menyebabkan kerosakan akidah seseorang.
        sebenarnya sial dan bala bencana tidak berlaku dalam bulan safar.firman Allah di dalam surah al-taubah ayat 51 bermaksud ''katakanlah (wahai muhammad) tidak sekali2 akan menimpa kami sesuatu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.Dialah pengawal yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.''
        Rasulullah saw bersabda menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud ''tiada ada penularan penyakit (tanpa izin Allah).tidak ada penentuaan nasib dengan burung,tiada kemudaratan burung hantu dan tiada bala bencana pada bulan safar''(riwayat bukhari dan muslim)
         tambahan lagi Rasullullah saw juga mengingati bahawa orang yang mempercayai keburukan itu datangnya  daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik.sebagaimana sabda Rasullulah saw yang bermaksud ''menyandar kan sesuatu keburukan kepada sesuatu adalah syirik dan tidak termasuk dalam golongan  kami melainkan orang yang beriman sahaja dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan bertawakal''(riwayat ibnu majah).

Sabtu, 12 Januari 2013

solat menghilangkan rasa sakit


      Diceritakan bahawa Ali bin Abi Talib pernah mengalami rasa sakit yang luar biasa.namun apabila beliau mendirikan solat,sakit yang dialaminya tidak terasa.begini kisahnya,pada suatu masa ketika peperangan,beliau telah terkena anak panah yang menembusi belakangnya.sahabat yang mengetahui perkara itu telah berusaha membantu beliau untuk mencabut anak panah tersebut.
        Namun begitu,usaha tersebut tidak berjaya kerana setiap kali anak panah tersebut cuba di cabut beliau akan menjerit kesakitan.seorang sahabat yang lain telah  mencadangkan agar beliau mendirikan solat.ketika beliau mendirikan solat,sahabat berusaha lagi mencabut anak panah tersebut sehingga berjaya dikeluarkan dari tubuhnya.ketika selesai solat Ali bin Abi Talib lantas bertanya kepada para sahabat,''apakah anak panah itu sudah dikeluarkan daripada tubuhku?'
'


     kisah ini memaparkan bahawa Ali tidak berasa sakit ketika anak di cabut keluar daripada tubuhnya sedangkan beliau menjerit kesakitan ketika anak panah tersebut cuba dicabut daripada tubuhnya saat di luar solat.ternyata khusyuknya dalam solat dapat mengalihkan rasa sakit Ali di saat anak panah tersebut dicabut dari tubuhnya.

sesuci fitrah


Fitrah itu suci,seputih lembaran kain tenun yg belum tercalit noda warna.
Fitrah muslimah diciptakan malu keatasnya,
Tenang langkahnya membawa kekuatan raga,
lembut suaranya mengalas ketegasan hati,
Redup senyuman diwajahnya menggendong kekentalan jiwa,
muslimah solehah yg di rahmati allah,
jangan di langgar fitrah dirimu,
raga yang terlampau kuat
imbanginya dengan ketenangan
hati yang terlampau tegas
imbanginya dengan kelembutan
jiwa yang terlampau kental
imbanginya dengan keredupan
agar kau teta mulia dalam fitrahmu.

10 perkara fitrah manusia:
1)bersugi
2)menbersihkan lubang hidung dengan air
3)memotong kuku
4)membersih celahan jari jemari
5)mencabut bulu ketiak
6)menggunakan air ketika beristinjak
7)mencabut bulu ari-ari
8)berkhitan
9)mencukur misai
10)menyimpan janggut

Rabu, 21 November 2012

Sunnah selepas Ijab Qabul

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”


• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin.

Rabu, 31 Oktober 2012

DIDIK KELUARGA TENTANG ISTIQAMAH





 Umum nya istiqamah islsh berdiri teguh atas jalan islam dalam segenap ruang dan tidak akan berganjak lagi walau pelbagai rintangan yang mendatang.Secara ringkasnya,cita2 atau keinginan unuk melakukan sesuatu yang  baik akan berdepan dengan cabaran.Tetapi,jika kuat dan mempunyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap,pasti anda akan berjihad berjuang bermati-matian utuk merealisasikan cita2.Pendirian teguh ini lah yang dinamakan istiqamah.
   untuk lebih jelas,kaitan ini dalam kehidupan kita sebagai contoh azam untuk mengajak anak2 bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari.Azam tersebut adalah cita2 yang murni yang memamg patut dilaksanakan untuk meraih keredaan allah swt dan keberkatan dalam kehidupan.Jika dirumah sendiri tentulah tidak ada masalah.Tetapi jika kita pulang ke kampung,pergi melancong atau ke keluar daerah atas urusan kerja,bagaimanakah untuk istiqamah?ketika ini lah akan munculnya cabaran.Cabaran untujk terus solat subuh berjemaah di masjid meskipun dimanapun berada.Sebenarnya cabaran dan rintangan seperti itu, bukan lah 1 masalah yang besar lebih2 lagi apabila jiwa dipenuhi iman.Jadi jika ingin memilih tempat penginapan ,pilih lah tempat yang dekat dengan masjid supaya sedang dan mudah untuk terus mengajak anak2 untuk pergi solat berjemaah di masjid.insyallah...
     Begitu jugalah istiqamah dengan al-quran.Sekirannay anda sudah berazam mahu membaca al-quran setiap hari,anda perlu teruskan dimana sahaja berada dan keadaan.Dicadangkan anda menetapkan waktu yang sama setiap hari untuk membaca al-quran seperti selepas waktu magrib sementara menunggu waktu isyak,ajak lah anak2 untuk turut serta membaca al-quran,walaupun ketika itu anada ada maslah kekangan seperti kehadiran tetamu,sekurang2 baca 1 juzuk atau surah.Yanag paling penting lakukan setiap hari.walaupun pada peringkat permulaan agak susah untuk melakukan nya,tapi insyallah dengan keberkatan dan kesungguhan yang dilakukan pasti berjaya untuk kekal istiqamah.Jangan menunda2 niat yang baik kerana iblis akan sentiasa cuba memberi tipu daya untuk membatalkan niat yang baik itu.
     Kita juga perlu istiqamah dalam mendidik anak2 tentang islam.Jangan hanya berserah pada guru di sekolah untuk mengajar anak2 untuk mengenal erti islam yang sebenar.Jangan lah kita menjadi umpama ketam mengajar ank2 nya berjalan lurus sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.Anak2 akan lmenjadikan ibubapanya sebagai role model,jika baik akhlak dan tingkah laku yang ditunjukkkan oleh ibubapa kepada anak2 nya pasti anak2 kn menjadi insan yang bertakwa dan ikut acuan yang di berikan.Didik lah anak2 cara hidup islam seperti yang diajarkan oleh rasulullah saw.Ajar diri sendiri dan anak2 beribadat,menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara rasulullah saw.Beritahu tujuan yang jelas dan kelebihan dan kebaikan setiap perkara yang di ajarkan agar anak2 lebih memahami dan tidak terkapai2 mencari tuhannya.Walaupun usia anak2 masih lagi diperingkat awal dan agak susah untuk memahami erti kehidupan  jangan lah ibubapa berputus asa.Ajar mereka perlahan2 dengan bahasa yang mudah dan senang difahami insyallah akan memberi kesan pada hati dan sanubarinya.
   Anak2 di lahir kan semua sama dan suci.ibubapanya yang mencoraknya untuk menjadi seorang majusi.yahudi atau nasrani.seperti haiwan yang melahirkan anaknya,adakah anda melihat sebarang kelainan pada nya?begitu juga lah manusia.Pada dasar nya amalan yang sedikit tapi berterusan lebih baik dari tidak melakukan langsung.
 

5 ELEMEN PENTING DALAN ISTIQAMAH
1)BERPEGANG KEPADA AQIDAH YANG BENAR
2)MELAKSANKAN TUNTUTAN SYARIAH BERPANDUKAN AL-QURAN DAN SUNNAH
3)MEMPUNYAI PRINSIP HIDUP DAN KEYAKINAN YANG MANTAP
4)TIDAK TERPENGARUH DENGAN GODAAN DAN TIPU DAYA SYAITAN
5)TIDAK TUNDUK DENGAN TEKANAN DEMI KEBENARAN

CARA UNTUK MERAIH ISTIQAMAH
*KESEDARAN DAN KEFAHAMAN YANG BENAR
*UNTUK MENCAPAI DARJAT ISTIQAMAH YANG MAKSIMUM,PEMAHAMAN TERHADAP AJARAN ISLAM SECARA SEMPURNA SANGAT2 DI PERLUKAN.MUSLIM YANG MEMAHAMI AJARAN AGAMANYA DENGAN BAIK TIDAK AKAN BIMBANG MENJALANI KEHIDUPAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKAN TETAP ISTIQAMAH MENGHADAPI GODAAN SYAITAN WALAUPUN SEDAHSYAT MANA SKALIPUN.
*MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN 2 KALIMAH SYUHADAH DENGAN BAIK DAN BENAR
*MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT DAN MERASAKAN PENGAWASANNYA
*BERSUNGGUH2 DALAM BERIBADAT DAN MELAKSANAKAN NILAI2 MURNI DALAM KEHIDUPAN
*BERJAUL DENGAN ORANG2 YANG ISTIQAMAH(ALIM) SEPERTI PARA ULAMA.PARA SAHABAT YANG BAIK DAN SOLEH AKAN SENTIASA  MENGINGATKAN KITA UNTUK BERBUAT KEBAIKAN SERTA MENGELAKKAN KITA DARI KEKELIRUAN.bAHKAN DALAM AL-QURAN ADA DISEBUT IA AMAT MEMBANTU UNTUK MENEGUHKAN KEIMANAN PARA SAHABAT
*MU'QABAH ATAU MENGHUKUM DIRI SENDIRI ATAS KECUAIAN YANG DILAKUKAN
*MENGHAYATI SIRAH ORANG2 YANG ISTIQAMAH DAN MENGAMBIL TAULADAN DARIPADA NYA SEPERTI SIRAH2 NABI
*BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR KITA TERUS BERISTIQAMAH.DOA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM
*CIPTA KOTAK KEBAIKAN DAN KEJAHATAN.JIKA ANDA MELAKUKAN KEBAIKAN PADA HARI TERSEBUT TULIS KEBAIKAN TERSEBUT ATAS 1 KERTAS DAN LIPAT DAN MASUKKAN KE DALAM KOTAK KEBAIKAN BEGITU JUGA JIKA MELAKUKAN KEJAHATAN.LAKUKAN SETIAP HARI DAN JUJUR PADA DIRI SENDIRI.SEBULAN SKALI PERIKSA KEDUA2 KOTAK TERSEBUT DAN KIRA ADAKAH KEBAIKAN YANG DILAKUKAN LEBIH BANYAK DARI KEJAHATAN ATAU SEBALIKNYA.NILAI DIRI SENDIRI ADAKAH ANDA TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK.




Isnin, 29 Oktober 2012

al-faatihah


1. Al Faatihah
Muqaddimah

Surat Al Faatihah (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surat Makkiyyah. Surat ini disebut Al Faatihah (Pembukaan), karena dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quran. Dinamakan Ummul Quran (induk Al Quran) atau Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.
Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) karena ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

1. Keimanan:
Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah, selanjutnya lihat no. [6].

2. Hukum-hukum:
Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

3. Kisah-kisah:
Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain.




 











Nasihat Beracun



saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang iman yahya bin sharaf al-nawaw(w.676H) .Beliau seorang ulama besar mazhab al syafi'i di damsyik pada abad ke-7 hijrah.harap kisah ini boleh dijadikan muhasabah buat diri kita bersama.

Iman al-Nawawi berkata:suatu ketika aku pernah jatuh sakit semasa aku tinggal di pondok Rawahiyah di syam.Ayah dan saudara2 ku datang dari desa untuk menjagaku.
Pada suatu malam,apabila ayah dan saudara2 ku sedang tidur,aku merasakan sedikit kesembuhan.hatiku tergerak untuk berzikir.Aku pon bertasbih dengan suara antara perlahan dengan kuat.tiba2 aku melihat seorang lelaki yang mempunyai paras elok berwuduk di kolam pondok.padahal waktu itu sudah pertengahan malam.apabila selesai berwuduk,orang tua itu mendekatiku.
Dia berkata''wahai anaku,janganlah engkau berzikir.sebab suara mu akan menggangu bapamu dan saudara2 mu dan semua ahli madrasah.mereka ingin berehat.
Aku bertanya kepadanya:siapakah kamu ini?
'Aku orang yang ingin menasihatimu.identitiku tidak penting''orang tua itu menjawab.
dalam hati,aku merasakan orang itu iblis,lalu aku berkata''aku berlindung daripada syaitan yang direjam.malah aku menguatkan suara tasbihku.lalu lelaki tua itu pergi kearah pintu pondok.Ayahku dan beberapa orang yang lain terbangun.
.Aku bangkit menuju ke pintu pondok.namun aku melihatnya terkunci rapat.aku juga memeriksa disekitar pondok,namun orang yang kucari itu tidak kutemui.
Ayahku bertanya,wahai yahya apakah yang terjadi?
apabila aku menceritakan kisahku,mereka menjadi takjub.Kami sama2 berzikir dan bertasbih sehingga pagi.''
kisah ini diceritakan oleh al-Hafiz al-Zahabi dalam kitab tarikh al-Islam

MUSUH MANUSIA
IBLIS ialah musuh manusia yang nyata.ia tidak pernah menginginkan kebaikan bagi manusia.apbila ia memberi nasihat janganlah mudah tertipu dengan kata2 nya.semanis mana pun nasihat nya hakikat nta ia mempunyai racun yang amat berbisa.

KES NYATA
sebenarnya kita setiap hari mendengar nasihat iblis dalam hati kita.mungkin kita yang tidak sedar bahawa nasihat itu berasal daripadanya.contoh nya apabila aminah ingin menutup aurat,iblis membisikan yang tidak guna bertudung jika akhlak tidak elok jadi perlu baiki akhlak dahulu baru bertudung.akhirnya aminah berusia 50 tahun masih lagi tidak bertudung.

STRATEGI PERANGI IBLIS
setiap pemuda dan pemudi islam mesti bijak memiliki strategi jitu dalam memerangi strategi tipu daya iblis.

PERTAMA:)
JANGAN MENUNDAKAN KEBAIKAN,JIKA NIAT DIHATI( BAIK) SUDAH BERPUTIK,SEGERA IRINGINYA DENGAN AMALAN.JANGAN MENUNGGU UNTUK PERKARA YANG LAIN KERANA ITU HANYA TIPU DAYA IBLIS UNTUK MEMBATALKAN NIAT.

KEDUA:)
JIKA IBLIS MEMBISIKAN SESUATU,MAKA LAKUKAN SEBALIKNYA.IBRAHIM AL-NAKHAI BERKATA''JIKA ENGKAU SEDANG SOLAT,LALU IBLIS BERKATA:'JANGAN SOLAT LAMA2 AGAR TIDAK RIAK,MAKA PANJANGKAN SOLATMU ITU''

KETIGA:)
SENTIASA BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN DIRI DENGAN ILMU AGAMA DAN BERDAMPING DENGAN PARA ULAMA,INI KERANA ORANG YANG BERILMU ADALAH TENTERA2 ALLAH DALAM MEMERANGI IBLIS.BERCAMPUR DENGAN MEREKA AKAN MEMBEKALKAN DIRI KITA DENGAN KEMAHIRAN DALAM MENGENAL PASTI TIPU DAYA IBLIS YANG MESTI DIHINDARI.WALLAHUAKLAM...

DAYUS TANPA SEDAR


          

      RAMAI SEKALI ANAK DARA YANG TIDAK BERTUDUNG DENGAN SEMPURNA.MALAH,SEBAHAGIANNYA SUDAH BERGELAR IBU JUGA MASIH MEMAKAI PENUTUP KEPALA YANG SINGKAT SEHINGGA  MENAMPAKKAN BENTUK BAHAGIAN YANG TIDAK SEPATUTNYA.ADA PULA YANG MENUTUP AURAT DENGAN KAIN YANG LABUH TETAPI MATERIAL JENIS JARANG DAN NIPIS.DARI LUAR BOLEH MENAMPAKKAN YANG BERADA DI DALAM.SAKIT MATA MEMANDANG!DI SEKELILING KITA RAMAI WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURATNYA.DITAMABAH LAGI DENGAN AKSI GEDIK UNTUK MENARIK PERHATIAN LELAKI.

      persoalannnya kenapa situasi ini berlaku?jawapannya mudah kerana lelaki tidak menjalankan kewajipannya untuk mendidik wanita dengan baik.amat sedikit lelaki yang mendidik adik,kakak dan isteri mereka dengan pakaian sunnah rasulullah saw.mereka menjadi dayus tanpa sedar dan bersikap sombong.mereka diumpama kan seperti ''sudahlah buta pekak pula''.ya perumpamaan ini amat sesuai disandarkan kepada lelaki yang dayus dan sombong.siapakah mereka yang dayus dan sombong?mungkin kita,bapa kita,abang kita, ataupun mungkin orang lain.mari kita menilai dengan lebih mendalam.

       3 GOLONGAN YANG DIHARAMKAN DARIPADA MEMASUKI SYURGA
DARIPADA AMMAR BIN YASIR,DIA MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA YANG BERMAKSUD''3 GOLONGAN YANG TIDAK KAN MEMASUKI SYURGA SAMPAI BILA2 IAITU SUAMI YANG DAYUS,SI WANITA YANG MENYERUPAI LELAKI DAN OARNG YANG KETAGIH ARAK.LALU SAHABAT BERTANYA:WAHAI RASULULLAH,KAMI FAHAM ERTI ORANG YANG KETAGIH ARAK,TETAPI APAKAH DAYUS?NABI SAW MENJAWAB''IATU ORANG YANG TIDAK MEMPEDULIKAN ORANG YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA(ISTERI DAN ANK2 NYA)(RIWAYAT AL-TABARANI)

DAYUS BERERTI SUAMI ATAU BAPA YANG LANGSUNG TIADA PERASAAN RISAU DAN AMBIL TAHU DENGAN SIAPA ISTERI DAN ANAKNYA BERTEMU DAN MELEPAK BERSAMA,MALAH SEBAHAGIANNYA MEMBIARKAN ISTERINYA DAN ANAK2 NYA(PEREMPUAN) DISENTUH,DIPEGANG DAN DIPELUK OLEH MANE2 LELAKI.PARA ULAMA PULA BERPANDANGAN DAYUS ADALAH SESEORANG YANG TIADA PERASAAN CEMBURU(KERANA IMAN) TERHADAP AHLINYA(ISTERI DAN ANAK2 NYA)

MESRA DALAM DOSA
CUBA PERHATIKAN PERLAKUAN WANITA DAN LELAKI DIPEJABAT KETIKA BERGURAU SENDA,ADA YANG SUNGGUH MESRA.APABILA BERTEMU MEREKA BERTEGUR SAPA  SAMAI KETAWA BERSAMA.APABILA BERBUAL AD SUAMI ORANG TANPA SEGAN SILU MENEPUK LEMBUT ISTERI ORANG.ADA PULA ISTERI ORANG YANG MENCUBIT GERAM SUAMI ORANG.PADAHAL SENTUHAN ITU HARAM ,TETAPI MEREKA BERANGGAPAN NYA PERKARA BIASA DISEBABKAN SUDAH BIASA PERTEMU.MAKA SI SUAMI YANG MEMBIARKAN SI ISTERINYA BEGITU MESRA DENGAN LELAKI LAIN DAN SI LELAKI YANG BERMESRA DENGAN ISTERI ORANG LAIN.MEREKA BERDUA SAMA SAHAJA.MEREKA GAGAL MENDIDIK WANITA DISEKELILING MEREKA,BAHKAN MEREKA PULA YANG MENGERET WANITA KE KEMUNGKARAN.


LIHAT PULA DILUAR RUMAH,KITA PASTI MENEMUI ANAK DARA YANG TANPA SEGAN SILU MENDEDAHKAN AURAT.HAIRAN MENGAPA SI BAPA TIDAK MEMPEDULIKAN ANAK GADIS MEREKA?SEDANGKAN ANCAMAN ALLAH SANGAT BERAT KEPADA IBU BAPA YANG DAYUS.MUNGKIN INI GAMBARAN BAHAWA IMAN SEMAKIN MENIPIS DALAM DIRI MEREKA.


CEMBURU TANDA BERAGAMA..
IMAN IBNU QAYYIM BERKATA:''SESUNGGUHNYA ASAL AGAMA ADALAH PERLUNYA RASA AMBIL BERAT ATAU KECEMBURUAN.SESIAPA YANG TIADA PERASAAN INI,MAKA ITULAH TANDA TIADA AGAMA DALAM DIRINYA.KERNA PERASAAN CEMBURU INI MENJAGA HATI DAN ANGGOTA SEHINGGA TERLEPAS DARIPADA KEJAHATAN DAN PERKARA YANG KEJI.TANPANYA HATI AKAN MATI MAKA MATILAH SENSITIVITI ANGGOTA TERHADAP PERKARA HARAM SEHINGGA MENYEBABKAN TIADANYA KEKUATAN UNTUK MENOLAK KEJAHATAN DAN MENGHINDARI SAMA SEKALI.''

APABILA ADA SAHABAT YANG MENEGUR BAIK SEORANG BAPA AGAR MENUTUP AURAT ANAKNYA,DIA BANGKANG DAN MARAH.DENGAN PANTAS SI BAPA MENJAWAB:JANGAN MENYIBUK TEPI KAIN ORANG!SEBENAR NYA SIKA MENAFIKAN KEBENARAN INI SESUATU YANG MUSIBAH BESAR.BUKANKAH IBLIS LAKNAT DAH DIBUANG DARI SYURGA KERNA SIKAP ANGKUH?SUDAH PASTI KITA PERLU MEMBENCI SIKAP SOMBONG IBLIS YANG TERLAKNAT ITU.


SOMBONG MENERIMA NASIHAT
RASULULLAH SAW BERSABDA,MAFHUMNYA''TIDAK MASUK SYURGA SESIAPA YANG ADA SIFAT SOMBONG DALAM HATINYA WALAUPUN SEBESAR ZARAH.KEMUDIAN SESEORANG BERKATA(YA RASULULLAH) SESUNGGUHNYA SESEORANG ITU SUKA PAKAIANNYA DAN KASUTNYA BAGUS.'BAGINDA BERSABDA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU INDAH DAN DIA MENYUKAI KEINDAHAN,DAN(YANG DIMAKSUDKAN DENGAN)KESOMBONGAN ITU ADALAH MENOLAK KEBENARAN DAN MERENDAH2 ORANG LAIN(RIWAYAT MUSLIM)

HADIS INI MELARANG KITA DARIPADA BERSIFAT SOMBONG DENGAN MERENDAHKAN MANUSIA DAN MENOLAK KEBENARAN.WAHAI LELAKI BUDIMAN,JADILAH PENJAGA WANITA YANG BAIK.DENGARI TEGURAN DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG YANG MENEGUR.DIDIKLAH DIRIMU DENGAN AGAMA AGAR KAMU MAMPU MENDIDIK MEREKA DENGAN KEBAIKAN.JIKA KAMU GAGAL MEMIMPIN MEREKA,TAKUT2 KAMU AKAN TERMASUK GOLONGAN YANG DAYUS YANG MENDAPAT KEMUNRKAAN ALLAH SWT.NAUZUBILLAH!